Tuesday

Bermulalah

Doa Awal Tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
dan keluarga baginda serta sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu
tetapi aku belum bertaubat sedangkan
Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku.
Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon
keampunan daripada Engkau, ampunilah aku.
Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini
yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala,
maka aku memohonnya daripada Engkau,
ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram.
Terimalah permohonanku ini dan janganlah
Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya.
Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".


~Salam Maal Hijrah 1432~

No comments: