Friday

Tabahkan Hatimu Wahai Sahabat

Sahabatku Amy Rahman,

Tabahkan hatimu
Banyakkan beristighfar
Banyakkan berdoa
Kuatkan hati

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah
hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian


Saya tahu
Kehilangan orang yang tersayang sangat pahit
Kerana saya pernah merasainya

Menangis..muram..meruntun
Tapi..siapalah kita untuk menghalang ketentuanNya
walaupun rasa seolah-olah gelap..dan seakan-akan jatuh

Namun..perlu bangkit kembali..

Sahabatku sayang,

Redhalah dengan ketentuanNya
kerana setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya
Kita di sini perlu teruskan kehidupan
Jangan jatuh..kerana Allah sentiasa di sisimu

Sahabatku sayang,

Saya doakan arwah ibumu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
dan dicucuri rahmat..Al-Fatihah

~Sabar ya sahabat~


No comments: