Sunday

Genapnya 2 Tahun itu

Dan 15 Jun genapnya arwah abah pergi meninggalkan kami
Dan sy sangat rindu
Dan hanya Allah jua yg tahu
Iya..sy salah sorang anak yg rapat dgn arwah
Sampai yg berkata hi, anak abah
Apa sy peduli
Selagi sy dapat bersama abah
Mana-mana sy pergi pun sy tetap bersama abah
Tapi itu 2 tahun dahulu
Bukan sekarang
Dan sekarang kalau boleh sy masih ingin bersama abah
Sy belum puas bermanja dengan abah
Tapi sy xboleh sekat ketentuanNya
Dia dah tentukan abah pergi  jadi sy redha
Cuma yg perlu sy buat untuk arwah abah,
menjadi seorg anak yg solehah
Yang tidak putus berdoa buat abah
Yang menjaga setiap langkah dan tutur kata yang sopan
Yang sentiasa menjaga solat dan membaca Al-Quran
Yang sentiasa menjaga pergaulan, maruah dan cara berpakaian
InsyaAllah, sy akan perbetulkan semua itu
Sebab pesanan abah masih kuat dalam diri sy

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..
 

No comments: