Thursday

Genap Sebulan


Semalam 10 Julai 2019..bermakna sebulan abe telah meninggalkan kami
Yu macam biasa menjalankan rutin harian Yu
Pergi kerja balik kerja
Cuma kali ni bukan macam dulu

Bukan xpernah kena tinggal
Bukannya xpernah pergi kerja sendiri-sendiri
Tapi biasanya abe akan balik awal-awal bulan camni kan..
Abe hantar dan ambil Yu dari tempat kerja..
Sayu hati Yu bila tengok tempat yang abe selalu tunggu Yu siap kerja..

Afrina pun sama abe..dia banyak menangis
Melukis pasal abe..menulis pasal abe
Yu tau dia rindu abe..
InsyaAllah lepas abis pantang ni, Yu bawak dia g ziarah kubur abe
Yu tau dia rindu sangat kat abe.
Sama la dengan Yu..
Sampaikan kalau Yu tengok kerusi yang selalu  abe duduk pun 
Yu sayu..kadang-kadang Yu menangis sorang-sorang

Yu redha tapi kalau ingat kenangan-kenangan kita, Yu tewas
Yu redha tapi kalau Yu tengok Afrina nangis, Yu tewas

No comments: